Laman Rasmi Sek Men Keb Saujana Indah

"Kecemerlangan Berterusan"

Kata-kata Aluan Pengetua Bagi Tahun 2014

Alhamdulillah atas kurniaan-Nya yang tidak terhitung. Selawat dan salam untuk junjungan Nabi Muhammad S.A.W. penghulu segala nabi, keluarga, sahabat dan semua yang mengikut sunnah baginda hingga ke hari kesudahan.

Dengan kebijaksanaan dan keberanian marilah bersama saya melangkah ke tahun 2014, menyantuni gelombang pertama (2013-2015) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang semakin hari semakin diperkasakan. Kementerian Pendidikan Malaysia kini rancak mengubah sistem dengan memberi sokongan kepada guru-guru serta penekanan yang lebih kepada kemahiran-kemahiran asas yang perlu dikuasai. Transformasi keguruan seperti profesion pilihan, pemimpin berprestasi tinggi di tempatkan di sekolah, TMK (ICT) dimanfaatkan bagi meningkatkan kualiti pembelajaran, transformasi kebolehan & keupayaan  penyampaian pendidikan, kerjasama dengan pelbagai pihak (ibu bapa, komuniti dan sektor swasta) secara meluas serta ketulusan perkhidmatan menjadi mekanisma-mekanisma penting bagi memaksimumkan keberhasilan murid-murid.

SPS, EMIS, APDM, HRMIS, SAPS, SPPBS, SKPM, NKRA, SSQS, SPLG, e-Operasi, e-Penyata Gaji, e-Pangkat, e-GTukar, e-Perlu, SPPAT, EduwebTV dan pelbagai lagi aplikasi-aplikasi atas talian internet telah berjaya diperkenalkan untuk penggunaan secara meluas di sekolah. Justeru itu, kita pastinya sudah mampu berinteraksi secara maya dengan menggunakan kemudahan TMK secara optimum untuk memajukan diri, murid-murid dan sekolah yang disayangi ini.

1BestariNet, komputer, WiFi, Pusat Akses, Makmal Komputer, Chromebook, rangkaian networking, laman web/blog dan media sosial (Facebook dan WhatsApp) akan sama-sama kita gunakan dengan aktif bagi membolehkan sistem penyampaian sekolah dapat berfungsi menyebarkan maklumat secara meluas, pantas, tepat dan berkesan. Maklumat yang diperolehi mestilah segera dikongsikan dengan rakan-rakan agar kita sentiasa terkehadapan dalam tindakan.

Setiap kita adalah pemimpin. Setiap pemimpin perlu terus memperkayakan diri dengan ilmu, kemahiran dan pendekatan terkini bagi mencorakkan pengikutnya dengan betul dan harmoni. Mohonlah untuk menghadiri kursus-kursus yang baik seperti NPQEL dan Guru Cemerlang di Institut Aminuddin Baki (IAB), INTAN dan sebagainya untuk menjadi pelapis pemimpin sekolah masa hadapan.

Akhir kalam, mari menjadi hamba Allah S.W.T. dan khalifah di muka bumi ini tanpa lari dari mengikuti segala acuan syariatNya.

Terima Kasih.